1. Pihak Dana Trade Fx ada menerima pertanyaan mengenai kadar profit yang jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan program yang seumpama ini yang dijalankan oleh pihak lain.

Ini Penjelasan

Sejak 2007 memang diakui bahawa kadar profit yang diterima oleh rakan kongsi adalah rendah.Kami tidak boleh menandingi program seumpama ini yg dilakukan oleh pihak lain.Ini kerana Dana Trade Fx berpegang pada satu amalan ‘Biar Untung Kecil Asalkan Modal Tidak Hilang’.Anda semua sedia maklum bahawa perdagangan matawang boleh memaksimakan keuntungan tetapi harus ingat bahawa forex adalah ‘HIGH RETURN HIGH RISK’.Forex boleh berikan keuntungan yang besar namun dalam waktu yang sama forex juga boleh menyebabkan modal akan lesap dalam pasaran matawang.Jika modal sudah tiada maka kita tak boleh lakukan urusniaga.Ini sangat ditakuti oleh semua para trader

Atas dasar itulah pihak kami menjalankan urusniaga forex dengan berhati hati supaya tidak mengalami kerugian.Profit rendah adalah lebih baik dari menanggung kerugian.Profit yang tinggi tetapi terdedah kepada risiko kehilangan modal,perkara ini perlu dijauhi.Jalan yang selamat ialah menjalankan urusniaga matawang dengan kadar profit yang berpatutan tetapi berkekalan. Ramai dikalangan para trader forex mengalami kerugian disebabkan mereka menjadikan forex sebagai lubuk kekayaan atau SKIM CEPAT KAYA.

Dalam dunia perniagaan,tak kira apa jua perniagaan termasuk forex,bukannya jalan pintas untuk kekayaan.Dalam perniagaan ada untung ada rugi.Mustahil jika ada perniagaan yang hanya menikmati keuntungan.Dalam forex keuntungan boleh dicapai dan kerugian boleh dielak dengan syarat jangan tamak haloba.Jangan jadikan forex SKIM CEPAT KAYA tetapi anggaplah forex sebagai satu platform yang boleh menghasilkan pendapatan tambahan.

Kami para trader Dana Trade,walaupun ada pengalaman melebihi 10 tahun dalam urusan forex tetapi kami tetapĀ  berhati hati.Kami lebih mementingkan modal dari profit yang tinggi.Selagi ada modal selagi itulah boleh menjalankan urusniaga dan boleh menjana pendapatan berterusan.Karena itulah Dana Trade masih kekal sehingga sekarang.Insyaallah Dana Trade terus kekal dan berkekalan.

Dalam forex,jana keuntungan yang besar itu sebenarnya satu keajaiban.Ramai para pedagang forex tersungkur kerana terlalu mengharap pada keajaiban ini.Tersalah langkah,keajaiban itu bertukar jadi satu malapetaka.Ramai dikalangan kita beranggapan apabila menyertai forex,kita akan capai kekayaan dengan pantas.Itu silap.Dalam forex,atau apa pun jenis perniagaan atau perdagangan,modal adalah diutamakan.Kita tidak boleh tamak untuk kaut keuntungan yang besar tetapi sebaliknya kita perlu berhemah supaya modal terus ditangan untuk jana pendapatan berterusan.